HAI BLOGGER'S HAPPY READING

WELCOME TO MIZ VION BLOGGER

' HAPPY READING "
LIFE MUST GOES ON > NEVER GIVE UP > CHEERS

Wednesday, November 23, 2011

PERHATIAN

AWAK,KADANGKALA DIA MAHU PERHATIAN.


Awak,
Dia Cuma dengar dengusan nafas
Dia Cuma dengar hembusan udara panas
Dia Cuma dengar ketikan halus peluh berlengas.
Dia Cuma dengar papan kekunci di ketuk pantas.

Awak,
Dalam diam dia ketuk dinding biru,
Apa yang dia sembunyikan hanya dia sahaja yang tahu,
Dia cuba raih perhatian awak yang diam membisu,
Dia teringin beritahu segala tapi dia malu.
Hati dia bertambah pilu
Bila dia sedar jasad awak wujud tapi hati awak tiada di situ.

Awak,
Apa yang awak sedang lakukan?
Apakah awak sedang berikan perhatian?
Apakah aWak sedar yang dia mahukan sedikit layanan?

Awak
Dia sebenarnya rindu
Dia sebenarnya mahu awak hentikan waktu
Biar awak dan dia dapat menikmati masa bersama tanpa silu
Tanpa ada kelibat orang yg berlalu
Tanpa sesiapa yg akan buat tuduhan melulu
Dan kebahagiaan itu tidak di ganggu
Ya, itu yg dia mahu.

Awak,
Kadang2 awak mungkin pelik,
Entah kenapa dia bersikap jelik,
Entah kenapa dia macam puaka niyang rapik,
Entah kenapa dia jadikan dunia mahu terbalik,
Bersikap melulu macam mahu halau awak balik

Awak,
Sedarkah awak kadangkala dia berubah?
Pada awak, dia yg dikenali seorang yg sgt tabah
Dia seorang yg menerima segala bnda tnpa membantah,
Dia seorang yg angguk kepala pasrah
Dia seorang yg ligat dan bermulut petah.

Awk,
Tapi dia mula lari sedikit demi sedikt,
Bagaikan ada yg mencelah
Kenapa kebahagiaan yg di bina seakan mahu rebah?
Kenapa kegembiraan bagaikan di kikis musnah?
Kenapa dahan tempat berpahut mahu patah?
Adakah dia sudah berubah? Ataupun awak yg berubah?
Dan masing2 tetap mahu berpura tabah.

Awak,
Dia tetap sayang
Kasihnya x pernah goyang
Hatinya x pernah bergoncang
Kerana dia mahu kekal sebagai bayang
Pada awak, manusia yg buatkn dia kenal apa itu jiwa melayang
Pada awak, manusia yg buatkn dia kenal apa itu mabuk kepayang
Pada awak, manusia yg buatkn dia kenal apa itu kasih sayang.

Awak,
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia suka
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia gembira
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia enggan berduka
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia mahu kekal bersama
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia tetap setia
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia tidak pernah gagal panjatkan doa
Dalam senyap sunyi dia mahu beritahu yang dia sentiasa mengingati awak setiap masa.

Awak,
Tapi semuanya tidak di luahkan
Dia lebih banyak melayan perasaan
Dia biarkan otak menerawang mencari jawapan

Awak,
Kepalanya sesak dengan soalan
Kenapa awak biarkan dia rasa keseorangan?
Kenapa awak hilang dan pergi meninggalkan?
Kenapa awak diam dan tidak tunjukkan sama ada awak punya perasaan?
Adakah itu cara awak berikan perhatian?

Awak,
Dan dia kaku dan kekal diri di salahkan
Dia tidak akan menunding jari kepada awak pasti bukan
Dia melayan pelbagai jawapan yang bersusun atas kepala bagaikan awan

Awak
Walaupun tanpa suara
Walaupun tanpa butir bicara
Wallaupun tanpa pesanan berjela
Walaupun tanpa meluahkan rasa
Walaupun dengan hanya detakan aksara

Awak,
Dia mahu awak tahu yang dia tetap cinta
Dia mahu awak tahu yang dia tetap menunggu awak di tempat yg sama
Dia mahu awak tahu yg dia tetap akan berusaha
Untuk menjadi seseorang yang mampu buat awak bangga

Awak,
Sebagai orang yang awak suka
Sebagai orang yang awak cinta
Sebagai orang yang awak mahu hidup bersama
Sebagai orang yang awak mahu cinta hidup selamanya
Sebagai orang yang awak tanamkan benih bahagia

Awak,
Terima kasih atas segala-galanya
Awak belum pernah gagal buat dia senyum ceria
Walaupun semua itu gunakan banyak tenaga
Awak tetap yang terbaik dalam hidup dia.

Wednesday, September 7, 2011

kepada sahabat- sahabat ku yang dikasihi...



Kepada Sahabat2 ku yang ..............MASIH SINGLE 

CINTA ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar. 
Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu...
di saat kau tak menduganya. 
CINTA bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,
tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima. Jadi.......relax je, 
jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik. 


Kepada Sahabat2 ku yang...........SUDAH MENIKAH 

Kalau Cinta jangan katakan "Ini SalahMu", tapi "Maafkan aku,
Bukan "Kau dimana!", melainkan "Aku disini,kenapa?" Bukan " Kau selalu begitu!" tapi "Aku mengerti 
Dan juga bukan "Cuba,seandainya kau..." 
akan tetapi "Terima kasih ye, kau begitu...." 


Kepada Sahabat2 ku yang...................BELUM PERNAH JATUH CINTA 

Bagaimana kalau jatuh cinta:
Nak jatuh,jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus, 
tetaplah konsisten, berbahagilah dan jangan sekali-sekali tak adil, 
berpengertianlah dan cubalah..untuk tidak menuntut, 
siapkanlah dirimu untuk terluka dan menderita,
tapi jangan kau simpan rasa sakitmu itu. 


Kepada Sahabat2 ku yang ........................TAKUT MENGAKUI 

Cinta menyakitkan 
apabila anda putuskan hubungan dengan seseorang. 
Ia malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu.
Tapi cinta paling menyakitkan bila 
orang yang kau cintai sama sekali tak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada Sahabat2 ku yang.........MASIH BERTAHAN MENCINTAI 

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila 
kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta, 
hanya kemudian pada akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu...
dan kau telah mensiakan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. 
Jika sekarang pun ia sudah tak layak, 
10 tahun dari sekarang pun ia tetap tidak akan layak. 
Biarkan dia pergi, lupakanya...................
tambahan pula jika tidak mendapat restu daripada orang tua...............












ReALiTi KeHiDupan

hidup tak selalunya indah
dan tak pula berpanjangan gundah
biar apapun yg telah disuratkan
relakanlah dgn penuh kesabaran

manusia tak mampu lari dari kenyataan
suka dan duka sentiasa bertautan
menguji keimanan insan
membersihkan hidup yg penuh kepincangan

begitu juga seorang insan
mencari sebuah kepastian
erti cinta, kasih dan sayang yg sejati
seikhlas manakah ia dihulurkan
sejujur manakah kata yg dilafazkan

tapi sebagai manusia biasa tak berdaya
melawan takdir penentu segalanya
dan mengajarkan erti persahabatan
erti kesabaran, keyakinan dan kejujuran

walau apapun kesudahan pasti sudah
tercoret di realiti kehidupan
sebagai hamba milik abadi tuhan
pasrah dan redha
pengubat persoalan


Kenangan itu

Setiapkali di waktu senja
kenangan manis itu muncul lagi
setiap kali ku ke pantai
kenangan kita berdua di ingatan
disitulah bermulanya kenangan

adakah kau tahu???

setiapkali kenangan itu muncul
semakin utuhlah ingatan ku dan rinduku padamu sayang
kenangan itu masih segar
kenangan itu masih segar
kenangan yg tak pernah luput dari ingatanku

aku terkenang detik indah
bersamamu disana
lalu
ku ukirkan sebuah bingkisan
rindu yg terpahat dihatiku

adakah kenangan itu berulang?
atau kenangan lebih indah
bakal muncul
suatu hari nanti...
kenangan itu................



RINDU...

Satu ungkapan yg sukar utk ditafsirkan 
Satu perasaan yg payah diluahkan 
Walaupun sukar diungkapkan 
Namun rindu itu tetap indah 

Rindu menambahkan rasa sayang 
Sayang yg melahirkan rasa kasih 
Sayang yg membibitkan rasa cinta 
Sayang yg akhirnya saling sayang menyayangi 

Namun sampai bila aku terus merindu 
Setiap saat, masa, waktu dan ketika ini 
rindu itu tidak pernah hilang 
bahkan bertambah tebal rinduku padam 
rindu itu....milik kita 

hadiah sebuah percintaan percintaan yg disulami curiga, suka dan duka 
romantis yg tiada penghujungnya 
dijalinkan dengan ikatan cinta, setia dan ikhlas 
cinta itu milik kita 
dengan kesetiaan dan ketulusan 
mengeratkan kebahagiaan antara kau dan aku 

rindu itu... 
rindu itu hadiah cinta kita 

I miss u n love u Sayang 
ur baby... 







Monday, July 11, 2011

: LOVE MESSAGES :
.  Mei 4, 2007 oleh ayatayatcinta  ...


sky  Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.  Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man.  It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and an day to love someone… but it takes a lifetime to forget someone.  It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.  If love is the answer , can you please repeat the question?  Faith makes all things possible. Love makes them easy. I believe that to truly Love, is the ultimate __expression of the will to live. A heart that truly loves is forever young.  Love makes life so confusing, but without love would you really want to live?  Do you love me because I am beautiful or am I beautiful because I am loved?  Love me now, love me never, but if you love me, love me forever.  Three things of life that are most valuable – Love, self-confidence & friends.  To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.  Love is like heaven, but it can hurt like hell.  Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?  He taught me how to love, but not how to stop.  Of all forms of caution, caution in love is the most fatal.  We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.  Many a young lady does not realize just how strong her love for a young man is until he fails to pass the approval test with her parents.  Is it better for a woman to marry a man who loves her than a man she loves.  Give her two red roses, each with a note. The first note says ‘For the woman I love’ and the second, ‘For my best friend.’  A good marriage is like a casserole, only those responsible for it really know what goes in it.  No one is perfect until you fall in love with them.  Love, true love, is that which can give the most without asking or demanding anything in return.  Where there is love, there is God also. ~ Leo Tolstoy ~  All, everything that I understand, I understand only because I love. ~ Leo Tolstoy ~  Love cures people — both the ones who give it and the ones who receive it. ~ Dr. Karl Milnage ~  One word frees us of all the weight and pain of life: That word is love. ~ Sophocles ~  It is wrong to think that love comes from long companionship and persevering courtship. Love is the offspring of spiritual affinity and unless that affinity is created in a moment, it will not be created for years or even generations. ~ Khalil Gibran ~  When they asked me what I loved most about life, I smiled and said you. ~ Tina ~  Just because you know someone doesn’t mean you love them, and just because you don’t know people doesn’t mean you can’t love them. You can fall in love with a complete stranger in a heartbeat, if God planned that route for you. So open your heart to strangers more often. You never know when God will throw that pass at you. ~ Heather Grove ~  Love… What is love? Love is to love someone for who they are, who they were, and who they will be. ~ Chris Moore ~  Why do you say you love me, if you are only going to leave me? ~ Julia ~  ;Love is like a river, always changing, but always finding you again somewhere down the road. ~ Kelly Elaine ~  Love is a language spoken by everyone , but understood only by a heart. ~ Shirley Rindani ~  People need love even when they don’t deserve it. ~ Nikki Ledbetter ~  For every word you say, another piece of my heart you take. ~ Tiara Johnson ~  Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one came along you’d be thankful. ~ Andrea Kiefer ~  Love the heart that hurts you, But never hurt the heart that loves you.  Love me for a reason, let the reason be love.  It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!  Love is the beginning of all the joy which nature has store for us.  Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don’t love a person when you can’t let go. ~ Dons ~  Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 604 Komen

Sunday, May 8, 2011

THE DAYS

 SELAMAT HARI IBU SEDUNIA...


 lama sudah i x update blog i..ehehe apa2 pn apa khbar semua rakan yg mbaca artikel i? semalam HAPPY MOTHERS DAYS 8.5.2011............i love u mummy..

hari ini i nak cite skt je ar ye...ehehe i dh hbs praktikal d bpsb...



tyme nie pda 24.4.2011 "farewell i dgn rakan2 sekerja...








ini semua rakan sekerja i...


bahagian hal ehwal korporat 


 ehehe...kenangan bersama semua rakan2 memang nmemories dlm ingatan tulus masing2..love u all..






ini plak pic i dgn ank buah ku yg baru lahir pada 28.4.2011





Tuesday, April 26, 2011

THE TRUTH

If yOu CaRe 
lOvE sOmEoNe dOnT lOsE a GrIp oN ThE pErSoN,
YoU'll nEvEr kNoW tHe oNe YoU
 lEt gO mIgHt bE 
tHe oNe yOu'eV wAiTeD fOr aLL yOuR lIfE ..

Wednesday, April 20, 2011

WHAT WOMEN IS

Wanita Lebih Cepat Daripada Lelaki Dalam menangis Dan Mengingati Sesutau Peristiwa yg menyebabkan Dia Menangis Dan Tertawa bila ia Mampu . . . . . wanita Juga Adalah Bintang Dan Pelita bg Lelaki. . . tanpa Pelita ,Maka Bermalamlah Dlm Kegelapn







selalu yg terjadi.... 
 CINTA : 
 (sebelum kahwin) 
 C = cubit kiri, kanan rasa. 
 I = impian indah ibarat syurga. 
 N = nikah impian utama. 
 T = taat setia membawa bahagia. 
 A = awal dan akhir bersama-sama 
(selepas kahwin) 
 C = cuka yang dituang pada luka. 
 I = iblis yang merosak minda. 
 N = nafsu semata-mata. 
 T = tuba yang dibalas semula. 
 A = api dalam neraka. 

KASIH : 
 (sebelum kahwin) 
 K = kongsi semua suka duka. 
 A = abang adik, ayang anja. 
 S = sumpah janji di bibir sentiasa. 
 I = istana bahagia dah dicipta. 
 H = hatiku hatimu jua. 
 (selepas kahwin) 
 K = kaki tangan naik kat kepala. 
 A = abuk pun tara, nak makan apa?? 
 S = simpati langsung tak ada. 
 I = ironi membakar jiwa. 
 H = hidup mati sama je. 
 
SAYANG : 
 (sebelum kahwin) 
 S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! 
 A = asal free mesti nak jumpa. 
 Y = you lap me, I lap you! 
 A = apa saja sanggup diduga. 
 N = nak itu, nak ini... mesti dapat. 
 G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama. 
 (selepas kahwin) 
 S = salah sikit kiamat dunia. 
 A = air tak sedap, basahlah mata. 
 Y = yang betul dia je. 
 A = ada takde, bagi anak reti la. 
 N = nak dilawan, digelar derhaka. 
 G = gaduh sampai lebam. 

 HATI : 
 (sebelum kahwin) 
 H = hanya dikau yang daku cinta. 
 A = air paip pun manis macam gula. 
 T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. 
 I = igauan indah tak terkira. 
 (selepas kahwin) 
 H = hantu jembalang lagi sempurna. 
 A = air mata jadi teman setia. 
 T = tempat mengadu dah tak ada. 
 I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat 
 macam mana? 
  
 



tetapi yg seharusnya ialah... 

 C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama 
 I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah) 
 N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan (BARU BETUL)
 T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang 
 A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. 

 K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat 
 A-Akad dilafaz cinta berbunga 
 S-Suami disanjung-tinggi 
 I-Isteri disayangi 
 H-Harumlah kasih sepanjang zaman 

 S-Sayangkan Isteri kasihkan suami 
 A-Ada masalah, dibincangkan bersama 
 Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul 
 A-Amalkan hidup bertoleransi 
 N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama 
 G-Gaduh sesekali tu perkara biasa 

 H-Hati suami mesti dijaga 
 A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh 
 T-Tanggung-jawab dipikul bersama 
 I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti 


renung-renungkan...















     Bila Kita sayang kat dia .......


bile kite syg org tu, kite time je ape yg org tu kate, tp bile kate dye? aty kate xpe, manusie xde yg perfect..

>bile kite syg org tu, kite tggu dye lame pon xpe, tp ble dye tggu kite? dye marah.. aty kate, ala,adatlah ade yg mnggu & dtggu..

>bile kite syg org tu, kite xtido pon xpe lyn dye ngan bosan, tp bile kite bosan, ade dye lyn kite? aty kate xpe, dye bz kot..

>bile kite syg org tu, kite gado ngn dye, kite diam je.. tp dye?? heboh 1 dunie.. aty kate, xpe,dye tension tu..

>bile kite syg org tu, kite call nk ckp ngn dye, tp dye gayut ngn org laen, bile da jd mcm2, aty kate xpe, dye de hal nk ckp ngn kwn dye tu..

>bile kite syg org tu, kite bercerite ngn dye, rsenye citer ngn tggul lg bgos, tp bile dye bercerite ngn kite, kite dgr,spth2 kite igt.. aty kate xpe, syg la katekan..

>bile kite syg org tu, kite & dye lapar, kite bg sume roti kite kt dye.. aty kate xpe, ala,jgelah aty dye,cian dye..

>bile kite syg org tu, kite sggup bg rest bile dye letih, tp bile kite letih, dye suruh gk kite lyn dye bile dye bosan, adil ke?? aty kate xpela, ala bkn selalu pon..

>bile kite syg org tu, kite jd cm org giler bile dgr dye sakit, tp bile kite sakit, dye siap kuar ngn kwn2 meraikan ary kesakitan kite.. aty kate, xpela,xkn dye nk berkepit ngn kite 24jam..

>bile kite syg org tu, kite xpnh pntigkn diri sndiri, tp dye?? hipokrit tahap gaban, aty kate xpe, dye mmg cmtu..kenelah time..

>bile kite syg org tu, kite syg nk tgglkn dye.. tp dye?? xtahu kite berdepan dgn maut, walaupun kite sakit, dye kate kt kite.. sakit biase2 jek,jgn nk mengarut.. aty kate, cmne lah dye bile kite xde,msti dye epy..

>bile kite syg org tu, kite xsggup tgok dye derita, tp dye pnh hrgai diri kite?? aty kate, tahu x betape kite sygkn dye..

>bile kite syg org tu, kite sggup tgglkn dye slame2nye, utk dye bhgie ngn org tersyg.. tp adkh dye tahu pengorbanan kite?? aty kate, xpe,asalkn dye bahagie..
















Tuesday, April 19, 2011





SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


kisah sedih seorang isteri - artikel dari rakan-rakan.."mesti baca"


Kisah Pengajaran : Kisah Sedih Seorang Isteri


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.


"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je.... " Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,
sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta
simpati... tetapi sebaliknya.....

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.

Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...

Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan.

Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...