♥ Memahami Ungkapan Yg Tak Terungkap Oleh Wanita/Isteri ♥
Dlm banyak perkara, wanita/isteri PERLU merasa yg dia disayangi dan benar-benar menyedari hakikat ini dgn lelaki/suami mereka mendemonstrasikan rasa itu. Dia PERLU rasa dihargai di dlm urusan kasih-sayang, pengorbanan serta kebijaksanaan yg telah dia curahkan. Lagi pula, wanita/isteri bukan saja PERLU tahu yg dia boleh mempercayai lelaki/suami, dia perlu dapat 'melihat' kesetiaan lelaki/suaminya - tak semestinya dlm isu kecurangan rumahtangga. Ada dari kita yg menafikan bahawa kita perlu 'melihat' kesetiaan lelaki/suami kerana ia ada kaitannya dgn perasaan cemburu. Tetapi sebenarnya ia tidak semestinya ada kena-mengena dgn cemburu. Ramai wanita/isteri memerhatikan reaksi lelaki/suami mereka apabila perempuan cantik lalu di hadapan mata. Kita juga akan bandingkan pengorbanan lelaki/suami terhadap kita dgn apa yg telah dilakukan kepada orang lain pada masa-masa tertentu. Seorang wanita/isteri ingin diyakinkan akan kedudukannya dlm hidup lelaki/suaminya dan bagaimana dia diutamakan.
Ramai lelaki/suami merasa kecewa hanya dgn cuba mendemonstrasikan rasa sayang mereka. Banyak usaha yg ditunjukkan kepada wanita/isteri mereka akan rasa sayang mereka adakalanya bukanlah apa yg diinginkan oleh wanita/isteri utk merasa yakin. Biarpun begitu, ramai wanita/isteri akan tetap menghargai perbuatan lelaki/suami tadi tetapi masih mengharapkan lebih dari sekadar melahirkan rasa sayang melalui hubungan intim mahupun perbuatan-perbuatan biasa. Penyampaian yg mudah tetapi sering dilihat sebagai sukar, yg dlm byk situasi sesuatu yg kurang diberi perhatian, itulah yg lebih menawan hati seorang wanita/isteri.
Contohnya, dakapan erat di waktu malam dapat menyakinkan seorang wanita/isteri bahawa lelaki/suaminya merasa bahagia menyentuhnya tanpa perlu selalunya melakukan hubungan intim. Juga, pada sesetengah wanita/isteri, pengorbanan utk memasakan makanan istimewa dapat menyentuh lubuk hatinya yg paling dlm dari membawanya keluar makan malam utk kali yg kelima dlm sebulan. Demi memahami apa yg diperlukan yg adakalanya tidak atau tak akan disuarakan kerana kerumitan hati seorang wanita/isteri, mulakan dgn langkah-langkah tersebut:
♥ Mendengar. Mendengar tidak bermaksud hanya membiarkan wanita/isteri anda bercakap sahaja. Beri tindak balas yg sepatutnya (jgn lebih) dan tunjukkan dgn perbuatan jangka masa panjang. Ini tidak pula bermakna anda harus melakukan setiap apa yg disuruhnya tetapi menunjukkan yg anda mengambil kira apa yg telah disuarakannya dgn sirius. Dlm masa yg sama, luahkan kepadanya apa yg telah anda lakukan yg sejajar dgn apa yg dia katakan itu (cara anda sendiri). Biarpun anda mungkin telah membuat pilihan akan sesuatu yg pada mulanya telah dibantahnya, secara sukarela beritahu kepadanya yg anda memahami keperihatinannya tetapi anda telah mengambil tindakan berlandaskan... Dengar apa yg perlu dia katakan dan berkomunikasilah dgnnya, dlm pelbagai cara (terbaik mungkin tanpa menyinggung perasaannya), sepertimana yg pernah dia pernah beritahu anda. Bila seorang wanita/isteri bercakap tanpa henti, anda tidak seharusnya beranggapan dia hanya gemar berleter. Dengar betul-betul. Berikan diri anda sedikit ruang utk mendengar. Anda akan dapati, biarpun apa yg dikatakan oleh wanita/isteri anda itu adalah 40% bersebab dari kemarahannya terhadap anda, 60% adalah luahan hatinya yg mengharapkan anda dapat cuba utk lebih memahaminya. Jika anda tidak percaya, cuba sekali-sekali bila wanita/isteri anda sedang membebel, anda dengar. Dlm api kemarahannya atau esakan tangisannya, batinnya sdg menjerit merayu agar lelaki/suaminya tidak akan melukakan hatinya lagi dan anda mungkin akan terkejut kerana mereka juga akan luahkan bagaimana mereka ingin dilayan dan apa pula harapan mereka terhadap anda, lelaki/suami dlm hidup mereka.
♥ Minta saranannya dlm pelbagai isu penting yg berbeza. Anda mungkin akan dapati dia akan meluahkan pendapatnya dlm beberapa perkara mengikut gerak hatinya yg ikhlas. Jgn cepat buat andaian, bila dia mula berkata-kata, anda akan beranggapan dia telah mula membebel. Ada sesetengah wanita/isteri yg akan bercakap mengenai apa yg mereka rasa dan akan mengambil kesempatan yg ada sebaik mungkin (biarpun tanpa memberi anda peluang utk bercakap). Manakala, bagi mereka yg tidak banyak bercakap, memerlukan peluang - seperti diminta pendapat - utk mereka membuka hati mereka utk bercakap. Ini akan ternyata berkesan dgn masa. Jadi, jgn mudah putus asa bila anda telah cuba buat beberapa kalinya tetapi hanya mendapat sedikit kejayaan atau tidak ada perubahan langsung. Jadikan tabiat utk meminta pendapatnya dan berkomunikasilah mengenai pendapat itu dgnnya. Anda mungkin akan mempelajari sesuatu dari wanita/isteri anda mengenai perkara teknikal seperti memperbaiki sesuatu. Jgn terperanjat kerana ada wanita/isteri yg lebih mahir kerana seharian berada di rumah.
♥ Dengar akan mereka yg mengenalinya terlebih awal dari anda seperti ahli keluarga atau kenalan yg rapat yg punya jalinan yg positif dgnnya, bukan sebaliknya kerena mereka yg ada jalinan negatif akan memburukkan saja. Dengar cerita lucu mengenainya. Dlm byk masa, ada sesuatu perkara baru yg akan anda pelajari mengenainya. Anda mungkin telah menjalinkan hubungan/rumahtangga yg bertahun lamanya dan masih menerima perkara-perkara baru mengenai wanita/isteri anda yg mungkin anda sendiri belum pernah mengetahuinya. Adakalanya, kenalan rapat atau ahli keluarga lebih mengetahui ciri-ciri tertentu dari anda. Dan ciri-ciri ini adakalanya dapat memberi anda gambaran bagaimana wanita/isteri anda rasa akan sesuatu perkara biarpun kecil yg mungkin anda tidak pernah terfikirkan wujud.
♥ Adakan perbualan dgnnya bila dia hampir ingin tidur tanpa meletihkannya. Adakan perbualan dgnnya di waktu malam sebelum tidur. Anda akan mendapati lebih sedikit dari apa yg ada di fikirannya dari apa yg mungkin telah disuarakan olehnya di siang hari bila dia luahkan dekat dgn waktu tidur - lebih-lebih lagi jika dia membawa kerisauannya bersama dlm lena. Contohnya, jika dia seperti berkata sesuatu yg memberi gambaran yg dia khuatir akan pelajaran anak anda dlm keadaannya yg tenang, apa kata dlm minggu yg sama, anda luangkan sedikit masa utk membantu anak anda dgn kerja-kerja sekolahnya.
♥ Akhir sekali, bersikap terbuka kepadanya mengenai apa yg anda menitik beratkan, keperihatinan serta aktiviti anda. Bersikap lebih rela tanpa berahsia. Dan apabila bersikap demikian, jgn pula anda menggambarkan kepadanya yg anda tidak ada kelemahan diri atau seseorang yg tidak dapat menerima terlalu banyak dugaan dlm satu-satu masa. Ini hanya akan membina tembok antara anda dan dirinya kerana dia akan beranggapan anda tidak bersedia utk mendengar apa-apa yg boleh menambahkan lagi tekanan kepada diri anda. Ingat, wanita/isteri lebih mengutamakan orang-orang yg mereka benar-benar sayangi dgn merelakan mereka merana dlm diam. Dgn bersikap terbuka, anda akan dapati yg wanita/isteri anda juga akan bersikap lebih terbuka. Dgn masa, anda akan lebih mengenali wanita/isteri anda secara lebih dekat dan memahami apa yg mungkin tidak dikatakan olehnya dlm kebanyakan masa.
No comments:
Post a Comment