USIA bukan ukuran untuk menentukan kematangan seseorang... Hakikatnya, pengalaman atau peristiwa masa lalu yang lebih banyak mengajar tentang erti kehidupan, mungkin peristiwa kehidupan dalam keluarga, rakan, kekasih atau masyarakat sekeliling. Sekalipun jika diri kita pernah disakiti atau dilukai, bukan bermakna kita perlu membalas balik perbuatan yang sama terhadap orang lain. Mungkin, orang baru atau seterusnya yang hadir dalam hidup kita ialah orang yang betul. Lumrah, jika kita dipertemukan dengan orang yang salah terlebih dahulu supaya kita menjadi lebih matang.
Ingat, jangan sia-siakan apa yang ada. Beri peluang pada diri untuk merasa bahagia. Keputusan terletak di tangan masing-masing. Jika tersilap, jangan salahkan diri atau keadaan. Tapi, jadikanlah sebagai iktibar, pengajaran dan peringatan di masa hadapan. Kerana, setiap sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya, ada hikmahnya. Terpulang pada akal fikiran untuk mengukurnya.
Jangan mudah lupa. Manusia yang LUPA akan MENGULANGI perkara yang sama walhal kesalahan sebelumnya dilakukan oleh orang lain. Cukup kita disakiti oleh orang lain, kerana lebih kejam jika kita yang menyakiti diri kita sendiri. Jauhkan hati dari hasad dengki, benci, iri hati dan perasaan dendam. Memang, kita sebagai manusia tidak dapat untuk mengelak diri dari bersikap sebegini. Tidak dapat untuk kita "menjamin" dengan mengatakan kita perlu membuang sikap ini, tapi sebaiknya hindar dan jauhkanlah. Kerana ianya mungkin lebih menyakitkan diri sendiri.
TIADA istilah KEHIDUPAN BARU. Kerana, ia mungkin menjadikan MANUSIA LUPA dengan kehidupan lalu. Yang sebetulnya, jadilah INSAN YANG BARU, yang lebih baik dari sebelumnya, dan yang tidak lupa kesilapannya. DanTIADA istilah YANG TERBAIK. Kerana, hakikatnya kita tetap manusia biasa yang tidak pernah puas.
~_Jangan menafikan atau menidakkan yang sahih atau betul. Dan jangan mengiyakan yang salah atau tidak benar_~
^SEKIAN... Terima kasih kerana sudi membaca..^ =)

No comments:
Post a Comment